Monday, April 29, 2013

KEPADA YANG DI LANDA KESEDIHAN DAN MASALAH


via ustaz Ebit Lew- FB - 29-04-2013

Kepada mereka dilanda kesedihan dan masalah yang berat
dan terasa gelap dunia ini,

Tadahkanlah tangan kepada Allah dan katakanlah,

Ya Allah wahai tuhanku
tiada tuhan melainkan kau,
Kaulah tuhanku dan tiada tuhan melainkan kau.

wahai Allah kau menyayangi diriku
lebih dari sesiapa pernah menyayangi diriku.
ya Allah kau cintakan diriku lebih
dari sesiapa pernah mencintai diriku.
wahai Allah yang memberikan segalanya.

Wahai Allah kaulah rabb yang
paling banyak buat baik kepada diriku.

Ya Allah kau dekat dengan diriku
lebih dari sesiapa dekat dengan diriku.
ya Allah, kau mengenal diriku
lebih dari sesiapa mengenal diriku,
kau memahami diriku lebih dari sesiapa pun.

Tetaplah setia kepada yang benar,
atas sunnah Nabi SAW,
tetaplah berharap kepada Allah,
Janganlah hati kita berpaling dari dia.

Orang yang berharap kepada selain dari Allah, Sunnah, Islam,
pasti kita akan kecewa.

Tapi jika kita berharap kepada Allah, kita tidak pernah akan kecewa.
Jangan lupa bahawa Allah janji tidak pernah akan sia-siakan hambanya.
CukupLAH Allah bagi diriku dan umat ini

No comments:

Post a Comment