Friday, October 18, 2013

INDAHNYA BILA CINTA DIRESTU


Hanya ucapan Alhamdulillah dan Syukur
Yang amat sangat
dapat ku ucapkan
pada MU Ya ALLAH

Bila cinta ini di restui
Ibu dan keluargaku

dengan ikatan pertunangan
moga diteruskan dengan pernikahan...
dan kebahagian yang berpanjangan hingga ke Syurga....

Jadikan aku hambamu yang taat Ya ALLAH
Taat pada Mu Ya ALLAH, juga pada Kekasih Mu Nabi Muhammad saw
juga pada bakal suami yang akan menjadi pembimbingku,pelindungku
Tuan punya tulang rusuk dan
Ibuku....

Lindungi diri ku Ya ALLAH
dari sikap cemburu dan berburuk sangka terhadap
kekasih ku dan penyejuk mataku
yang akan membimbing Ku ke syurga Mu Ya ALLAH

lindungi kami dan keluarga yang kami bina
Ini Ya ALLAH, dari tipu daya Syaitan
dari hasad dengki manusia sekeliling

Ya ALLAH aku mencintainya kerana Mu
Jadikan lah hatinya juga mencintaiku kerana MU
Dan berikanlah Kami dan Keluarga Kami
sentiasa dalam pandangan dan kasih saying Mu Ya ALLAH....

Sabtu -19-10-2013
4.00am

Monday, April 29, 2013

YA ALLAH ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH

YA ALLAH ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH KERANA MASIH MEMBERI NORA SEGALA KENIKMATAN INI

YA ALLAH ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH KERANA MASIH MEMANDANG NORA DENGAN KASIH SAYANG

YA ALLAH ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH KERANA.MENJEMPUT NORA KE MAKAM.WALI-WALI MU DI INDIA

YA ALLAH ALHAMDULILLAH DAN TERIMA.KASIH KERANA PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN ROMBONGAN NORA DI INDIA, SELAMAT SEGALANYA SEMASA DALAM PERJALANAN, DI SANA DAN KEMBALI KE MALAYSIA....

YA ALLAH ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH KERANA MASIH BERIKAN NORA RASA UNTUK MENYAYANGI DAN MENCINTAI INSAN BERNAMA LELAKI.

YA ALLAH ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH SEMOGA YA ALLAH PELIHARA RASA CINTA DAN SAYANG INI HINGGA MENUJU KE ALAM PERNIKAHAN DAN BAHAGIA HINGGA KE SYURGA

YA ALLAH ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH KERANA MELINDUNGI CINTA DAN SAYANG INI DARI MELAKUKAN MAKSIAT DAN ZINA...

23-1-2013 Nora....

KEPADA YANG DI LANDA KESEDIHAN DAN MASALAH


via ustaz Ebit Lew- FB - 29-04-2013

Kepada mereka dilanda kesedihan dan masalah yang berat
dan terasa gelap dunia ini,

Tadahkanlah tangan kepada Allah dan katakanlah,

Ya Allah wahai tuhanku
tiada tuhan melainkan kau,
Kaulah tuhanku dan tiada tuhan melainkan kau.

wahai Allah kau menyayangi diriku
lebih dari sesiapa pernah menyayangi diriku.
ya Allah kau cintakan diriku lebih
dari sesiapa pernah mencintai diriku.
wahai Allah yang memberikan segalanya.

Wahai Allah kaulah rabb yang
paling banyak buat baik kepada diriku.

Ya Allah kau dekat dengan diriku
lebih dari sesiapa dekat dengan diriku.
ya Allah, kau mengenal diriku
lebih dari sesiapa mengenal diriku,
kau memahami diriku lebih dari sesiapa pun.

Tetaplah setia kepada yang benar,
atas sunnah Nabi SAW,
tetaplah berharap kepada Allah,
Janganlah hati kita berpaling dari dia.

Orang yang berharap kepada selain dari Allah, Sunnah, Islam,
pasti kita akan kecewa.

Tapi jika kita berharap kepada Allah, kita tidak pernah akan kecewa.
Jangan lupa bahawa Allah janji tidak pernah akan sia-siakan hambanya.
CukupLAH Allah bagi diriku dan umat ini