25-02-2010, 11.40am
2010 akan melangkah ke bulan 3, March beberapa hari lagi.
1431 pula dah di pertengahan bulan 3, Rabiul Awal. Besok merupakan hari kelahiran Nabi Muhamad saw. 12 Rabiul Awal
Azam aku pun masih belum bermula sepenuhnya.
Ya Allah izinkan aku menulis tentang azam di sini ya
agar aku bisa mengingati apa yang aku inginkan
agar aku bisa mencapai arah tuju ku pada tahun ini.
Terima kasih Ya Allah..
Moga-moga Ia adalah kebaikan dari Ya Allah.
Dan semoga diri ini dapat tunaikan azam-azamnya seperti tahun 2009.
Terima KAsih Ya Allah.
Terima Kasih kerana memberi keizinan diri ini untuk mencapai dan menyelesaikan azam di tahun 2009.
1) Menjadi Hamba Allah, Anak, Anak saudara, Adik, Mak cik, sahabat, pekerja yang sentiasa diredhai Allah di dunia dan di akhirat, Solehah, beriman, berilmu, bertakwa, bertanggungjawab, cemerlang, ceria, bahagia selalu.
2) Sentiasa kerjakan 5 solat wajib di awal waktu, dan kalau sempat berjemaah di masjid atau surau, InsyAllah.
3) Sentiasa kerjakan Puasa wajib Ramadan, dan Puasa-puasa sunat, InsyAllah.
- Puasa Sunat Isnin - Khamis
- Puasa Putih 13, 14, 15 haribulan hijrah
- Puasa Hitam 28, 29 , 1 haribulan Hijrah
- Puasa Sunat Rejab, Syakban, Zulhijjah & Muharam
4) Sentiasa kerjakan Solat-solat sunat, InsyAllah
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Ishikharah
- Solat Sunat Witir
- Solat Sunat Duhha
5) Menyelesaikan Hutang pada kawan-kawan yang pernah aku berhutang, InsyAllah.
- Hutang Buku Rosman - RM50.00 (Alhamdulillah dah seatle)
- Hutang Penyendal Kerusi - RM100.00
- Hutang Zura - RM30.00
- Hutang Era - RM300.00 (Alhamdulillah seatle n era plak skrg htg aku RM200)
- Hutang Kain Mizi - RM350.00
- Hutang Dawood - RM1600.00
- Hutang Nurul - RM200.00
- Hutang Ina - RM150++
- Hutang Emak - RM500.00 ++
(Alhamdulillah seatle, tinggal duit bulan dan sewa rumah yang lama)
6) Habiskan zikir Selawat Nabi 96K, sepatutnya nak habiskan sebelum Maulidurrasul ni tp tak berdaya, dah 87K baca, maksimum sebelum jun 2010, InsyAllah. (Alhamdulillah dh hbs. )
7) Memulakan Zikir Al-Ikhlas 100K atau Zikir Alif ba ta, (kena tengok apa yang diberi guru.), InsyAllah.
8) Menghadiri Majlis Ilmu bersama Emakn (kalau mak sihatlah), InsyAllah.
- Tawajuk
- Bacaan Yassin
- Qiamulai
- Majlis Maulidur rasul
- Ceramah ceramah Agama
9) Menghabiskan bacaan buku yang di beli, then mengulang semula serta menulis isi-isi penting di satu buku lain, InsyAllah
10) Menambah koleksi buku-buku yang ada, buku-buku Agama, Novel, Biografi, Travelog, dan buku Ihya Ullumudin, InsyAllah
11) Membuat Ibadah korban 2010,1431 untuk diri sendiri dan collection Ahli keluarga untuk Kak Long, InsyAllah.
12) Beli Baju renang Muslimah dan belajar berenang, InsyAllah.
13) Simpan RM100.00 di tabung Haji (tak simpan-simpan pun lagi, tp main kutu)
14) Belajar mengaji Al-quran, mungkin beli MP4 dan download Bacaan Alquran dan cuba membaca, sebelum mencari guru Alquran, InsyAllah.
15) Mengelakkan diri untuk melakukan maksiat, mendekatkan diri pada maksiat, InsyAllah.
- Elakkan keluar dengan lelaki berdua jika tiada hal yang betul-betul penting.
(Ni kalau boleh ler, kalau ada lelaki yang nak ajak keluar suruh mintak kebenran mak)
- Tengok bahan-bahan yang tidak elok di internet
- Jauhi lelaki-lelaki yang mengajak ke arah maksiat.
Moga semua azam di atas akan dapat di capai tahun ini. Izinkan Ya Ya Allah, Terima Kasih Ya Allah.
No comments:
Post a Comment