Tuesday, December 21, 2010


22-12-2010

12.16pm


Assalammualaikum...

Semoga sentiasa dirahmati, diberkahi, diampuni, cemerlang, ceria dan bahagia selalu di mana saja berada...

Lama juga tak menulis dalam blog ni dan juga diari...

Syukur Alhamdulillah kerana ALLAH masih memberi ku nyawa untuk mendekatkan diri kepadaNYA.

Bulan 9 emak, intan dan taufik pergi umrah masa tu dah dekat akhir puasa kami sekeluarga hantar mak kat airport...

Banyak benar kesalahan yang telah aku lakukan selama ni tapi ALLAH masih beri aku peluang untuk berubah, Alhamdulillah dan terima kasih YA ALLAH.

Masa raya juga aku berkenalan dengan seorang lelaki, itu pun dari seorang kawan yang nak rekomen aku dengan kawannya...

Mamat yang aku nak kenal ni umur 40, masih bujang dan asal segamat. 1st time berbual di telefon dengan mamat ni hari Isnin, 13-09-2010. Ada keserasian.. cuma pekerjaan dia ada sikit masalah... INSYALLAH pasti dapat di atasi, pasti ALLAH akan bantu.

Perasaan di sayangi tu makin bertambah setiap hari..dapat kasih sayang dari ALLAH,
dari tersayang...

Aku sentiasa berdoa sekiranya yang tersayang ni jodoh yang terbaik untuk masa kini, terbaik untuk akan datang, terbaik untuk keluarga ku, terbaik untuk agama ku, terbaik untuk dunia ku dan terbaik untuk akhirat ku dan sekiranya aku juga jodoh yang terbaik untuk yang tersayang, terbaik untuk masa kini dia, terbaik untuk masa akan datang dia, terbaik untuk kaum keluarga dia, terbaik untuk agama, terbaik untuk dunia, terbaik untuk akhirat moga ALLAH temukan jodoh kami berdua dalam tahn 2011 bulan 11 or 12. semoga ALLAH permudahkan urusan kami untuk bernikah dan dapat hidup cemerlang, ceria bahagia dan mewah di dunia hingga akhirat...

Buat masa ni yang tersayang sakit tak boleh bekerja, masa seminggu lepas jumpa aku, emak dan kaum keluarga dalam bulan 10, 2010 yang tersayang eksiden patah kaki dan tangan.

Memang teruk aku dan emak ada lah melawat dia di Segamat johor...Layanan keluarga yang tersayang pada aku dan emak oklah... Baru kenal kot..Yang tersayang dah tak ada emak ayah... dia ada abang dan kakak jer..

Kita orang dah kenal dalam 4 bulan perasaan sayang makin bertambah tiap hari...Moga perasaan sayang ni lebih mengingatkan aku kepada kasih sayang ALLAH.

Itu yang selalu aku katakan pada yang tersayang...
Aku ingin menyayanginya, menyintainya dan mengasihinya kerana ALLAH.. dan aku juga harap yang tersayang pun begitu...
Aku dah start kelas Usuluddin di UM, dah habis 2 subjek tinggal 2 subjek lagi untuk modul 1 ni..

YA ALLAH Yang MAHA Bijaksana, Yang Maha Penyayang mudahkan saya yer untuk mencari ilmu, belajar, memahami dan menghadapi peperiksaan ya YA ALLAH. Semoga saya boleh dapat result yang cemerlang Ya ALLAH, tolong saya ya YA ALLAH... Terima kasih Ya ALLAH... Alhamdulillah...





Monday, June 28, 2010

Perjalanan.....

29-06-2010, 01.30pm

Assalammualaikum...
Salam Ceria dan bahagia buat semua....

Dah nak masuk 3 bukan jugak aku tak menulis...
Alhamdulillah ada azam yang dah aku selesaikan Ya Allah, dan ada juga azam yang aku langgar Ya Allah..

Aku mohon keampunan mu Ya Allah.
Aku Hamba mu yang tiada daya upaya..
Ya Allah lorongilah Hamba mu ini ke jalan yang lurus dan jalan kebaikan
Jadikan lah hamba mu ini hamba yang sentiasa bersyukur dengan pemberian mu,
Amin

Di antara March, April, May dan June macam-macam yang terjadi.
-Pergi ke Melaka Pulau besar, 3 kali
-Buat pinjaman refinance balik untuk selesaikan hutang, simpanan, beli notebook utk sambng degree.
-Anak buah kurang ajar dengan aku, Aku maafkan sbb dier budak lagi kan? Ya Allah berilah dier petunjuk mu mana yang benar mana yg salah.
-Daftar utk exam Unit Trust Consultant, 24 julai exam Moga2 Lulus Ya Allah, Amin.
-Pergi bnyk bengkel, kursus untuk motivasi dan keagamaan...Alhamdulillah
-Wat kenduri di surau... Alhamdulillah
-Pergi jugak surau walau bnyak yg culas hehheheheeheh
-Perhubngan dengan sahabat aku jauhkan sbb dier yg mengajak aku wat mcm tu, Tak perlah Ya Allah... moga kau temukan aku dgn sahabat yang terbaik untuk dunia dan akhirat aku... Amin
-Anak sedara dpt sambng belajar Alhamdulillah, tp jahat aku ni tk ada pun nk bagi dier duit Ya Allah masa nak pergi..Bukan tak nak bagi tapi kadang-kadang sikap dier yang meminta-minta tu yang buat aku tak suka. Nantilah bila dier balik aku bagi...
-Anak buah beli kereta baru Alhamdulillah Ya Allah. Dier dengar nasihat aku.
-Dapat pergi sambutan Maulidur Rasul di Al jenderami dan di Masjid Negara, Alhamdulillah.
-Seseorang yang aku hormat meminta sesuatu yang tak sepatutnye, tp aku buat bolayan jer sebab aku tahu itu tidak sepatutnya berlaku. Ya Allah aku tahu ada sesuatu yang Ya Allah nak ajarkan pada ku, terima kasih Ya Allah ...

cukuplah cerita-cerita ini...nanti sambung lagi ya.


Saturday, March 20, 2010

RINDU....


20--3-2010, 5.45pm


Ya Allah apa lah nk jadi dengan saya ni, azam saya, saya dh langgar.

saya cakap saya tak nk jumpa dengan lelaki tapi macam tak boleh nak tunaikan.

Maafkan saya ya Ya Allah.


Ya Allah tolonglah saya apa yg patut saya lakukan?
Ya Allah tunjukkan lah caranya Ya Allah.
Jodoh tu dari mu Ya Allah, saya tahu tapi dengan apa yg saya lakukan
kadang-kadang saya perlu di temukan jodoh dengan segera agar saya
dapat dijauhkan dr maksiat dan zina.

Saya takut Ya Allah, saya tak kuat Ya Allah...
Bantulah saya yang lemah ini Ya Allah..
7 tahun satu tempoh yang agak lama saya bersendirian .

Selalu ada pertemuan, tapi pertemuan yang tak berpanjangan
Saya tahu Ya Allah apa yang saya minta pada mu
tak sama dengan apa yang saya buat
bantulah saya Ya Allah.

Saya rindu sangat pada 2 orang yang saya kenal
dan berkenan di hati dan rasa-rasanya salah seorang 2
layak di jadikan calon suami, Ya Allah...
Ya Allah tolong sabarkan saya ya.
klu salah seorang dari yang berdua ni
yang terbaik utk dunia dan akhirat saya
satukanlah kasih sayang kami Ya Allah
temukan jodoh kami di dunia hingga ke akhirat Ya Allah.
permudahkan lah urusan kami di dunia hingga ke akhirat ya Allah.
dekatkanlah hati-hati ini untuk menyayangi dan menyintai antara satu sama lain
hanya kerana mu Ya Allah.
Jika tidak Ya Allah kau temukan lah dan jodohkanlah saya dengan
lelaki yang masih bujang atau duda yang lebih baik dari mereka berdua
untuk dunia hingga ke akhirat saya. AMIN...

Terima kasih, Ya Allah...




Wednesday, February 24, 2010

Azam.....



25-02-2010, 11.40am





2010 akan melangkah ke bulan 3, March beberapa hari lagi.


1431 pula dah di pertengahan bulan 3, Rabiul Awal. Besok merupakan hari kelahiran Nabi Muhamad saw. 12 Rabiul Awal



Azam aku pun masih belum bermula sepenuhnya.


Ya Allah izinkan aku menulis tentang azam di sini ya
agar aku bisa mengingati apa yang aku inginkan
agar aku bisa mencapai arah tuju ku pada tahun ini.
Terima kasih Ya Allah..



Moga-moga Ia adalah kebaikan dari Ya Allah.
Dan semoga diri ini dapat tunaikan azam-azamnya seperti tahun 2009.
Terima KAsih Ya Allah.



Terima Kasih kerana memberi keizinan diri ini untuk mencapai dan menyelesaikan azam di tahun 2009.



1) Menjadi Hamba Allah, Anak, Anak saudara, Adik, Mak cik, sahabat, pekerja yang sentiasa diredhai Allah di dunia dan di akhirat, Solehah, beriman, berilmu, bertakwa, bertanggungjawab, cemerlang, ceria, bahagia selalu.



2) Sentiasa kerjakan 5 solat wajib di awal waktu, dan kalau sempat berjemaah di masjid atau surau, InsyAllah.


3) Sentiasa kerjakan Puasa wajib Ramadan, dan Puasa-puasa sunat, InsyAllah.
- Puasa Sunat Isnin - Khamis
- Puasa Putih 13, 14, 15 haribulan hijrah
- Puasa Hitam 28, 29 , 1 haribulan Hijrah
- Puasa Sunat Rejab, Syakban, Zulhijjah & Muharam


4) Sentiasa kerjakan Solat-solat sunat, InsyAllah
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Ishikharah
- Solat Sunat Witir
- Solat Sunat Duhha


5) Menyelesaikan Hutang pada kawan-kawan yang pernah aku berhutang, InsyAllah.
- Hutang Buku Rosman - RM50.00 (Alhamdulillah dah seatle)
- Hutang Penyendal Kerusi - RM100.00
- Hutang Zura - RM30.00
- Hutang Era - RM300.00 (Alhamdulillah seatle n era plak skrg htg aku RM200)
- Hutang Kain Mizi - RM350.00
- Hutang Dawood - RM1600.00
- Hutang Nurul - RM200.00
- Hutang Ina - RM150++
- Hutang Emak - RM500.00 ++
(Alhamdulillah seatle, tinggal duit bulan dan sewa rumah yang lama)


6) Habiskan zikir Selawat Nabi 96K, sepatutnya nak habiskan sebelum Maulidurrasul ni tp tak berdaya, dah 87K baca, maksimum sebelum jun 2010, InsyAllah. (Alhamdulillah dh hbs. )


7) Memulakan Zikir Al-Ikhlas 100K atau Zikir Alif ba ta, (kena tengok apa yang diberi guru.), InsyAllah.


8) Menghadiri Majlis Ilmu bersama Emakn (kalau mak sihatlah), InsyAllah.
- Tawajuk
- Bacaan Yassin
- Qiamulai
- Majlis Maulidur rasul
- Ceramah ceramah Agama


9) Menghabiskan bacaan buku yang di beli, then mengulang semula serta menulis isi-isi penting di satu buku lain, InsyAllah


10) Menambah koleksi buku-buku yang ada, buku-buku Agama, Novel, Biografi, Travelog, dan buku Ihya Ullumudin, InsyAllah


11) Membuat Ibadah korban 2010,1431 untuk diri sendiri dan collection Ahli keluarga untuk Kak Long, InsyAllah.


12) Beli Baju renang Muslimah dan belajar berenang, InsyAllah.


13) Simpan RM100.00 di tabung Haji (tak simpan-simpan pun lagi, tp main kutu)


14) Belajar mengaji Al-quran, mungkin beli MP4 dan download Bacaan Alquran dan cuba membaca, sebelum mencari guru Alquran, InsyAllah.


15) Mengelakkan diri untuk melakukan maksiat, mendekatkan diri pada maksiat, InsyAllah.
- Elakkan keluar dengan lelaki berdua jika tiada hal yang betul-betul penting.
(Ni kalau boleh ler, kalau ada lelaki yang nak ajak keluar suruh mintak kebenran mak)

- Tengok bahan-bahan yang tidak elok di internet

- Jauhi lelaki-lelaki yang mengajak ke arah maksiat.

Moga semua azam di atas akan dapat di capai tahun ini. Izinkan Ya Ya Allah, Terima Kasih Ya Allah.

Salam...


25-02-2010, 11.09am



Salam,

Agak lama juga tak menulis di sini...

Masa tidak mengizinkan untuk menulis, begitu juga hati ku yang sedang kacau.

Macam-macam yang perlu di fikirkan...
Ada yang cakap aku ini seolah-olah manusia yang dah berputuus asa.
sebab tu aku tidak dapat menguruskan diri aku sendiri walau pun aku seorang, tiada suami dan anak-anak.


Alhamdulillah, terima kasih pada kata-kata itu.
Aku bukan nak berputus asa Ya Allah


Ya Allah aku tahu segala yang kau beri pada ku adalah yang terbaik.
Aku minta maaf Ya Allah kerana kadang-kadang aku kufur nikmat yang kau berikan.
Aku khilaf, dan bodoh Ya Allah.

Tolong aku Ya Allah.
Tolonglah bimbing diri yang lemah ini...
Ya Allah berilah hamba mu ini hidayah dan petunjuk jalan yang lurus

Jalan yang kau redhai, Ya Allah.
Jalan yang mencapai ke makam nafsu Mutmai'nah
Jalan yang menuju ke jiwa yang tenang

Ya Allah aku tiada daya upaya
Hamba mu ini hidup
Hanya dengan pertolongan mu
Hanya dengan bimbingan mu
Hanya dengan keampunan mu

Tolonglah aku Ya Allah.
Izinkan diri ini mencintai diri mu
seperti mana Kau mencintai ku

Hamba mu pohon Ya Allah.
Terima kasih Ya Allah....

Amin




Sunday, January 3, 2010

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431 DAN MASIHI 2010

03-01-2010

Selamat tahun baru..
Dah lama tak menulis jiwa kacaulah...