Monday, November 16, 2009

Pengalaman Masa Kecik

25092009 / 4.45pm

Kasih sayang dari pak cik-pak cik sekejap jer aku dapat sebab macik yang aku panggil mama jodohnya tak panjang. Tapi Alhamdulillah dengan kasih sayang yang aku dapat.

Ada sekali tu, aku demam panas masa tu umur aku dalam 3 tahun lebih kurang. Aku demam sebab rindukan pak cik aku tapi masa tu pak cik aku ni dah bercerai dengan mama dan dah ada isteri lain. Jaranglah dia datang rumah kita orang. Aku yang demam-demam ni ajaklah kakak sepupu telefon pak cik di pondok telefon. Zaman tu mana ada hp lagi telefon pejabat , rumah atau public phone jer. Bila dapat cakap dengan pak cik aku beritahulah yang aku rindu sangat dengan dia. Aku mintak dia balik dan beli rambutan untuk aku. Alhamdulillah pak cik balik dan belikan aku rambutan. Sekarang pak cik dah meninggal. Pak cik meninggal masa tahun 1999 tak silap aku. Moga pak cik di tempatkan di tempat orang yang beriman. Amin. Al Fateha.

Lepas bercerai dengan pak cik yang aku panggik Bak, mama kawin lagi. Aku panggil pak cik ni Abah masa tu umur aku dalam 5 atau 6 tahun. Dah sekolah masa tu. Abah berniaga ubat kat pasar dan pasar malam. Dia memang manjakan kami. Dia selalu belikan baju untuk aku. Seronok aku masa tu. Ada sekali tu aku tak nak pergi sekolah Abah tak kisah tapi mama marah dan rotan aku. Abahlah yang tukang halang mama rotan aku. Nasib baik tapi kena jugak 2 das hhehhehehehe……


25092009 / 5.20pm

Tentang Diri

Tentang Diri (23.09.2009)

Pertama perkenalkan diri ini sebagai sesuci hati. Umurku 32 tahun. Aku dibesarkan di sebuah perkampungan moden di pinggir bandaraya kuala lumpur oleh ibu dan 2 orang makcik. Bersama 5 orang kakak kiranya aku ini merupakan anak bongsulah. Ayahku meninggal dunia sebelum aku sempat di lahirkan. Aku bukan ingin menceritakan tentang kesedihan hidup ini tapi tentang pencarianku untuk mencari jiwa ku yang hilang.

Masa umur ku 3 bulan Mak cik mengambil ku menjadi anak angkat kerana mak nak bekerja dan tiada siapa yang menjaga ku di rumah. Kakak-kakak ku juga masih kecil untuk diharap untuk menjagaku.
Kakak ku yang sulong di masukkan ke sekolah asrama agama. 4 orang kakak-kakak ku pula di hantar ke rumah anak-anak yatim di Klang.

Aku tidak berapa ingat pengalaman ku masa kecil…yang aku masihh ingat aku pernah kena minyak panas di belakang kerana kenakalan ku semasa mak cik sedang memasak lempeng. Lama juga aku tidur meniarap. Sampai sekarang tandanye masih ada di punggung ku…

Masa kecik aku dibesarkan bersama 2 orang Kakak sepupu. Kiranya hidup ku di kelilingi perempuan semuanya. Al-maklum lah adik beradik semua perempuan. Aku Cuma merasa kasih sayang lelaki hanya daripada suami-suami makcik ku yakni pakcik ku. Tapi kasih sayang yang aku dapat tu pun sementara.
Hingga bertemu lagi………..

24092009/ 10.00am

Wednesday, September 23, 2009

Dari Syeikh Abdul kadir Al Jailani

Dari Syeikh Abdul kadir Al Jailani

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan. (Cuma nak kongsikan bersama rakan-rakan pembaca, dapat daripada fowarding email kawan. Moga mendapat manfaatnya.)

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6. Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

p/s: Tak salah klu antara kita sesama Islam saling ingat mengingati. Klu rajin fowardkan sesama kita.


24092009





Salam Perkenalan

Salam Perkenalan.......

Hari ini hari raya yang ke4 1430. Jiwa ku kosong sangat ketika ini. Aku sunyi sangat dan sedih sangat.....

Biarlah aku jadikan Blog ini untuk membetulkan diri ku dan mencari jiwa ku yang hilang. Ya Allah moga Blog ini mengubah aku bertambah baik untuk menuju ke jalan mu. Amin.